Sensei no nikki

Itsumade mo Atashi to kono MICHI o ayunde ikou ne…:)

Satu CINTA… February 7, 2010

Filed under: Uncategorized — aihumaira @ 1:04 pm

DUNIA=FATAMORGANA semata-mata!

Ketika semua cara tak mampu menyelesaikan,

Setiap jalan merasa sempit,harapan terputus,

dan semua jalan pintas membuntu,mereka pun menyeru…YA ALLAH!

Ketika bumi terasa menyempit dikeranakan himpitan persoalan hidup,

dan jiwa terasa tertekan oleh beban berat kehidupan yang harus dipikul..

menyerulah…YA ALLAH!

Dengan selalu menyebut namaNYA, keyakinan akan semakin kukuh,kerana…

“ALLAH MAHA LEMBUT terhadap hamba-hambaNYA”(As-Syura:19)

Betapapun kulukiskan keagunganmu dengan deretan huruf,

KekudusanMU tetap meliputi semua arwah,

Engkau tetap YANG MAHA AGUNG,

sedang semua makna akan lebur,mencair,di tengah keagunganMU wahai RABBku…

YA ALLAH,gantikanlah kepedihan ini dengan kesenangan,

jadikan kesedihan itu awal kebahagiaan,

dan sirnakan rasa takut ini menjadi tenteram…

YA ALLAH…dinginkan panasnya kalbu dengan salju keyakinan,

dan padamkan bara jiwa dengan air keimanan,

Wahai Rabb,anugerahkan pada mata yang tak dapat terpejam ini

rasa mengantuk dariMU yang mententeramkan,

Tuangkan dalam jiwa yang bergolak ini kedamaian,

Dan ganjarkanlah dengan kemenangan yang nyata.

Wahai Rabb,tunjukkanlah pandangan yang kebingungan ini kepada cahayaMU,

Bimbinglah sesatnya perjalanan ini ke arah jalanMU yang lurus,

Dan tuntunlah orang-orang yang menyimpang dari jalanMU

merapat ke hidayahMU.

YA ALLAH,sirnakan keraguan terhadap fajar yang pasti datang dan memancar terang,

dan hancurkan perasaan yang jahat dengan secercah sinar kebenaran,

Hempaskan semua tipu daya syaitan dengan bantuan bala tenteraMU.

YA ALLAH,sirnakan kami dari rasa sedih dan duka,

dan usirlah kegundahan dari jiwa kami semua,

Kami berlindung kepadaMU dari segala rasa takut yang mendera.

Hanya kepadaMU kami bersandar dan bertawakkal,

Hanya kepadaMU kami memohon, dan hanya dariMUlah segala pertolongan.

Cukuplah Engkau sebagai pelindung kami,kerana Engkaulah sebaik-baik

pelindung dan penolong.AMIN…

-Petikan La Tahzan, karya Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni-

 

 

Jaja…misi sayer berjaya! February 7, 2010

Filed under: Uncategorized — aihumaira @ 2:52 am

ENTRY ini utk JAJA!!!

JAJA!!!!!JAJA!!!!JAJA!!!!!

Akak berjaya menghasilkan sambal tumis setelah “tekak” ini sudah tidak mampu lagik bertahan nak

tunggu balik msia…sib baik ada serbuk cili babas tue…huhuhuuhu..owhhhhh…kamu tahu tak betapa indahnya

setelah 5 bulan tak dpt menikmati sambal tumis????Huhuhuh…Alhamdulilllah…(T-T)

 

“Alkhamr” no sei de… February 4, 2010

Filed under: Uncategorized — aihumaira @ 9:16 am

Sambil berehat tgk tibi lepas abis kelas ptg td…saya mcm biasa…on tibi…dan tgk news petang.

Mana2 channel pun hari ni tengah “hot” dengan berita jaguh ahli sumo Jepun…Yokozuna Asa Shoryu

yang dah pun mengambil keputusan utk ”bersara” dari dunia sumo…mengalir air mata dia waktu

di sidang akhbar menyatakan keputusan tue…saya “tersentuh” melihat apa yg berlaku…yang pasti…

segala keputusan “terpaksa” diambil atas desakan pelbagai pihak…

Asa Shoryu mmg jaguh dlm sumo Jepun…baru saje bulan lepas dia jadi juara utk kali yg ke 25…

dan saya jugak berkesempatan melihat dia beraksi dlm perlawanan bulan lepas…rupanye..

itulah pertandingan terakhir yang dia sertai…

Apa yang membuat saya “tersentuh”???

Saya simpati…sbb “arak”…”osake”…atau bhs arabnya..”alkhamr”(saya pun x tau sebutan yg betul dlm arab)…

yang menjadi penyebab segalanya.Mungkin dlm bersuka-suka meraikan kejayaan dia tempoh hari…

dlm keadaan mabuk dan tak sedar…dia dah pun belasah sorang otoko ni…dgr nyer teruk jugak..patah

tulang hidung ke apa…nahhhhh…tgk betapa “bahana” arak bila dah menguasai akal fikiran

manusia…benarlah besar hikmahnya Islam mengharamkan arak…kewarasan akal fikiran manusia

“tertutup” dek kuatnya kuasa arak…apa yg diri sendiri lakukan pun segalanya di luar sedar…

Penat berusaha bertahun-tahun…mencipta nama dlm dunia sumo…menjadi sanjungan setiap

peminat…namanya disorak-sorak…duit bertimbunan…tapi…dlm sekelip mata…

semuanya skarang dah hancussss…suara2 mengeji dan mendesak dia utk berundur…

dan akhirnya..hari ni dia dah pun buat keputusan utk “bersara” tanpa rela…

Surah Al-Baqarah ayat 219:

“Mereka bertanya kepadamu mengenai arak dan judi.Katakanlah pada kedua-duanya

ada dosa yang amat besar dan beberapa manfaat bagi manusia,tetapi dosa kedua-duanya

lebih besar dari manfaatnya…”

Saya tak nafikan…masyarakat Jepun dan osake(arak) tak dpt dipisahkan…hidup di Tokyo…

paling saya “benci” naik train malam2 sbb bau busuk arak mmg menusuk hidung…

apa yg berlaku pada Asa Shoryu..moga2 menjadi satu iktibar utk kita sama2 berfikir…

betapa sayangnya Allah pada hambaNYA..mengharamkan sesuatu yg Allah tahu

boleh merosakkan hidup kita sekelip mata…

Wallahualam…

 

Indahnye biler… February 1, 2010

Filed under: Uncategorized — aihumaira @ 9:20 am

Indahnye bile…

 dah abis mogi jugyou terakhir dlm kensyuu ni…nak nangis rasa..hilang segala penat berfikir…

Indahnye biler…

Hasil perbincangan dengan sensei2 yg dilaksanakan menjadi sesuatu yg bermanfaat utk dikongsi dgn kawan2 dlm kelas…

Alhamdulillah..syukur pdnya atas segala kurniaan idea dan teknik2 baru dlm pengajaran…

Indahnye biler…

Mata melihat di kalendar…sudah melangkah ke tanggal hari pertama bulan Feb…

Indahnye biler…

Mengenangkan waktu utk berangkat pulang sudah tidak lama…

Arghhhhh….indah jek la…walaupun ada part2 tak indah itu…yer…mari kiter abaikan…

buat2 tak nampak jek pada yg busuk2 tue…tumpukan pada yg indah2 jek…

owhhhh…mahu tido awal la malam ini…heeeee…tido nyenyak2

yer selepas berusaha selama beberapa minggu….terima kasih badan dan otak yg bekerja keras…

berehatlah buat beberapa ketika sebelum berusaha semula utk shiken yg bakal mendatang…

erkkkk…kalau nak start packing barang2 nak balik..awal sgt tak…hik hik hik!…:P

 

Kandou shita~ January 31, 2010

Filed under: Uncategorized — aihumaira @ 3:50 am

Na chan dtg ke bilik saya semlm…

Asalnya..pagi semlm saya ingat nak ikut dia ke flea market..tp sbb penat blum hilang lepas kuar makan ngan Hana dan sensei malam sebelumnya…saya batalkan niat nak keluar.Dia sorokkan sesuatu di belakang…then tiba2 dia keluarkan goofy yang kecik comel…:)

“kebelakangan ni fuza kan slalu susah nak tido…jadik bwk dia nie teman…mana tau senang nak tido…”hehehehe..tergelak saya dengar Na chan ckp mcm tue…terasa macam kembali ke zaman budak2 pulak sekejap…tak bley tido..peluk teddy bear…hehehe…apa yang buat saya agak “kandou”…dia jahitkan nama saya dan dia pada label kat goofy tue…”kenangan dari saya utk fuza”…katanya.”Saya tak pandai jahit…tapi harap fuza boleh baca tulisan tue…” Ya Allah…tersentuh betul hati saya dengan sahabat yang seorang ini…pada saya…cantik atau tidak..mahal atau tidak..bukan kayu pengukurnya…tapi ingatan dia sesuatu yg sangat bernilai utk saya…

Na chan..kalau tidak apa aralnya bakal sambung belajar di Nihon April nanti…dia pun dah dpt tempat…banyak kali juga dia “pancing” saya utk sama2 apply sambung study di Nihon…tapi saya terus terang dengan dia…tahun ini ada banyak perkara yang saya perlu lakukan di Malaysia…dan mungkin belajar di Nihon bukannye priority saya yang utama buat masa ini…di mana2 pun ilmu boleh dituntut…walaupun lepas ni saya ngan dia akan berada di jalan yang berbeza-beza…tapi kami dah janji…sama2 akan cuba sedaya upaya “tinggikan” lagi ilmu dan pengetahuan masing2 dlm bidang yg sama2 kami suka ni…:)

Ya Allah…sebenarnya…apa yang banyak berlaku dalam life saya pada pembukaan tahun 2010 nie terlalu banyak yang menyentuh hati saya…Allah seakan-akan memberikan satu demi satu kurniaan yang berharga dalam hidup saya…sesuatu yang saya tahu…tak dpt nak saya gambarkan betapa pemurahnya DIA…kadang2 terasa diri masih terlalu “keras” dan “degil” utk menjadi hambaNYA yang terbaik…sedangkan..DIA sentiasa melimpahkan rezeki dan kasih sayangNYA setiap waktu…

Segala kurnian dariNYA yang saya perolehi ketika ini…moga takkan buat saya semakin menjauh dariNYA…malah semakin mendekatkan diri saya dengan cinta dan kasih sayangNYA…terlalu banyak lagi yang perlu saya perbaiki dalam hidup ni…dan saya berharap setiap hari saya dapat mendidik diri menjadi insan yang lebih baik…

 *****

神様、毎日毎日…本当に、本当に、本当に、感謝しています。いっぱい泣いたり、苦しんだりしてきたけど、

やっと今本当に心からの笑顔ができたんだ。こちらの先生が教えていただいたおかげで、

”心を開いて、心をひろげて”…これから先、自分が決めたこの道を迷わずに人生を歩んで行くので、

私達のことをずっと見守ってください~ALHAMDULILLAH。

*****

 

Kalau dah tertulis A jadik B..maka jadik lahhh begitu! January 28, 2010

Filed under: Uncategorized — aihumaira @ 10:58 am

OK…

Saya sepatutnya ada mogi jugyou pagi td…turn saya no 3…saya bangun awal2 pagi kul 4..praktis..n make sure

segala purinto yg perlu…saya dah siapkan sumer…pakai baju lebih formal daripada biasa…dengan harapan selepas

abis mogi jugyou ni maka otak saya akan lapang sikit…

Ok…tetiba berlaku kerosakan teknikal yang ntah pape…malas nak cakap…yg pasti…hal itu telah menyebabkan

saya terpaksa mengalah dan mogi jugyou saya ditunda ke ari Isnin…huhuhuhuhu..sungguh rasa…ntahhh…

tak tau nak ckp…penat jekkk praktis2 sumer…(T-T)..ingat weekend ni dah banzai la mogi dah habis…

tapi nampaknye blum lagik la…

Ok….

Maka betullah….tidak ada yg dapat disangkal lagik…manusia hanya merancang…

kita bleh plan nak benda tue jadik A…tp kalau Allah kata jadik B…

maka jadik B la jugak….tidak dpt melawan ketentuan DIA…

warghhhhhhhhh…frust jugakkkk!!!!

dan saya tak nak menambahkan rasa frust saya dengan hal2 sampingan lain…

besok mlm saya nak kuar g restoran msia ngan ana…g jalan2 lagik bagussss!

Mood:Agak tertekan!

 

Penawar hati January 25, 2010

Filed under: Uncategorized — aihumaira @ 11:55 pm

All praises to  Almighty Allah…

Semoga segala sesuatu yang diniatkan utk mencari redha dan keberkatanNYA akan dipermudahkan…

 

Atas nama cinta… January 21, 2010

Filed under: Uncategorized — aihumaira @ 2:11 pm

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan.

Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati.

Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan

kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum

bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

Kata HAMKA:

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan.

Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan.

Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas,

keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh,

penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat,

dan kemarahan menjadi rahmat.

Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta.

Namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,

dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya…

**********

Ohhhhh…karatsssss sungguh yer entry sayer hari ni…sape2 baca jangan nak swing2 lelebey pulak…

sekadar peringatan bersama…

cinta itu lumrah insan bernama manusia…cuma kita kene sentiasa beringat…

sejauh mana pun kita mencintai seseorang..tidak ada yang akan berkekalan…

kerana manusia pasti akan kembali kepada penciptaNYA…maka cinta yang abadi…

hanya cinta seorang hamba kepada penciptanya…(T-T)

***************

 

Girls…i really miss those moment! January 19, 2010

Filed under: Uncategorized — aihumaira @ 5:25 pm

Asalnya dari blog my sis…Jaja…saya terjumpe video kenangan2 kami di Oita…tersenyum dan tergelak saya sorang2 kat sini..terkenang waktu2 kat Oita…maji de natsukashii…kesian baby2 tue…nadira ngan sofea terpaksa menjadi pelakon dengan suara latar bal(watak utama)..kita yg lenlain back up jek…hehehe…aduiii lahai…sronoknya bile tgk…skarang derang dah besar…kita pun dah jadik shakai jin…(warga bekerjaya yerr…)

syukur pada Allah atas talian silaturrahim antara kita semua…sekarang masing 2dah sibuk dengan hal keje n mcm2…sis…rindu!rindu!rindu!

tapi…walaupun kita dah jrg dpt kumpul slalu cam dulu2…

yang penting…our relationship will last forever…:)

Terasa hilang penat dan pening saya buat shukudai…saya tak tau jaja ke..bal ke..mas ke or sapa yg upload video nie..apa2 pun…sankyuuuu~korang…ku sangat merindui kaliannnn…

 

Hanya pada DIA tempat kita memohon pertolongan… January 19, 2010

Filed under: Uncategorized — aihumaira @ 12:18 pm

Salam…

Terasa mcm agak lama saya tak menulis kat nikki kesayangan saya ni.SIBUK???Mungkin…Bermula semester 2 bermakna semakin banyak tugasan yang saya perlu selesaikan sebelum balik ke Msia.Alhamdulillah…kurang 2 bulan saja lagi saya akan balik ke Msia.Semoga saya dapat selesaikan apa yg patut saya sempurnakan kat sini…dan bawak balik ke Msia apa yang sepatutnya saya bawak utk saya kongsikan dengan nakama saya di AAJ.

Tahniah pd gakusei 27Kisei yang dah pun dapat kekka shiken semlm.Kejayaan ni sememangnya sesuatu yang patut korang raikan selepas 2 tahun bersusah payah menghadapi pelajaran yang sangat “taihen” kat AAJ tue.Tapi,semoga korang tak lupa dan lalai…kejayaan ni juga satu permulaan utk korang menghadapi life yang lebih mencabar kat Jepun nanti.Dalam gembira…saya tahu ada yang sedang berduka…Tapi..sensei terus-terusan mendoakan agar korang tak mengalah dengan keadaan.Mungkin kali ni,bukan rezeki korang utk turut serta dgn kawan2 lain ke Jepun.Apa yang berlaku tentu ada hikmahnya.Berdoa dan mintalah dari Allah agar terus diberi kekuatan utk hadapi semua ni dgn hati yg terbuka.Insya allah ada rezeki dan peluang yang lebih baik utk korang.

Sebagai seorang hambaNYA…kita perlu yakin dan percaya selepas mencuba sedaya upaya…setiap ketentuan rezeki itu adalah yang terbaik dan sesuai utk kita.Saya sendiri selalu kalah dan bersedih bila saya kecewa terhadap sesuatu perkara…menangislah bila hati terasa sedih dan kecewa…bila kita terasa lemah…luahkan segala keletihan dan kekecewaan kita padaNYA…DIA sentiasa mendengar…

Perbanyakkan membaca surah Al-Insyirah…moga2 hati yang sesak akan dilapangkan…moga2 dibukakan pintu rezeki yang lebih baik di kemudian hari…

 Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

(1)Wahai Muhammad,bukankah kami telah melapangkan dadamu?

(2)Dan kami telah ringankan bebananmu

(3)Yang telah memberatkan belakangmu

(4)Dan telah kami angkatkan namamu(di dunia dan di akhirat)

(5)Sesungguhnya selepas kesusahan itu ada kemudahan

(6)Sesungguhnya selepas kesusahan itu ada kemudahan

(7)Oleh itu apabila engkau telah selesai dari kegiatan-kegiatan hidupmu,maka usahakanlah kegiatan yang lain pula.

(8)Dan kepada Tuhanmu tumpukan perhatian dan minatmu

Saya ingin mengingatkan diri sendiri dan korang2 yg saya sayang…Dalam apa jugak urusan…menuntut ilmu…bekerja…dan kesihatan…atau cinta dan kasih sayang sesama kita…mengadulah padaNYA bila kita buntu mencari jalan penyelesaian…

->Buat gakusei2 saya yang mungkin sedang bersedih,sensei percaya Allah telah sediakan pintu rezeki yang lebih baik.Teruskan usaha.

->Buat seorang sahabat yang punya masalah kesihatan yang dihadapi bertahun-tahun tapi buntu kerana belum bertemu “ubatnya”…semoga Allah akan menyembuhkan permasalahan tu…jangan berputus asa…semoga cepat sembuh…mohonlah padaNYA kerana tidak ada penyakit yang tidak ada ubatnya…berat telinga yg mendengar…berat lagi tuan punya diri yang menanggung…semoga sahabat tabah dengan ujian ni.

Semoga…walau apa pun yang kita lakukan…kita sentiasa meletakkan keredhaan ALLAH di tempat paling utama…mungkin susah utk kita menjadi insan terbaik dari segala segi sbb manusia terlalu banyak kelemahannya…diri saya sendiri terlalu banyak kekurangan dan kelemahannya…apa yang penting,kita tak pernah putus asa utk menjadi insan yang lebih baik…wallahualam…

******

Ya Allah…berikan saya petunjuk dalam menentukan hala tuju dan apa perkara terbaik yang perlu saya

lakukan di hari depan.Semoga hati saya diselamatkan setiap kali saya lalai dan terleka…moga2 hati saya sentiasa

dipelihara agar sentiasa berada dlm cinta dan keredhaan ALLAH…(T-T)

****************